1. Paraguay – Negara paling murah di
dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , yaitu sebuah negara yang
terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat
bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel
hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda
hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara
ini.
2. Zimbabwe – Barangan di Zimbabwe
adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu
musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus
pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan
seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram
daging lembu berharga RM1.80.
3. Argentina – Sejak beberapa tahun
lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara
paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat
krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit
seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga
daripada nilai yang dijual di negara lain.
4. Filipina – Negara Asia ini mempunyai
antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk
perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk
perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan
untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang
paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.
5. Pakistan – Walaupun negara ini
dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang
rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti
petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih
mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan
adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik
tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!
loading...
Labels:
Info
Thanks for reading Negara Paling Murah Di Dunia. Please share...!
0 Comment for "Negara Paling Murah Di Dunia"
1. Berkomentarlah dengan baik dan sopan
2. Dilarang keras SPAM + Live Link!!!
3. Jika copy paste, harap cantumkan link sumber
4. Kritik dan saran sangat diperlukan