6 Amalan Kesukaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di bulan Suci Ramadhan - Assalamu'alaikum dan selamat menjalankan ibadah puasa. Kali ini saya posting artikel mengenai amalan yang disukai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selama bulan Ramadhan
Berikut ini amalan-amalan yang disukai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
1. Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia
bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan
yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia
dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat
185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam setiap hari
sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada
ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari,
sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam
Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan
membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa." 2. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang memberikan makan
kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang
berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang
yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan
ad-Darimi)
3. Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat
terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar.
Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menghidupkan Ramadan dengan
keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan
diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)
4. Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan.
Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya
dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum
solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
5. Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan
sabda Baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama
dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku."
(Hadis riwayat Bukhari)
6. Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum
selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang
berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu
gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.
Demikian artikel ini, semoga bermanfaat. Terima kasih
Jika anda ingin membaca artikel mengenai lain seputar Islam, silahkan klik disini.
Ingin tahu Faidah Orang yang Berpuasa ? Baca disini
Sumber : http://hi-laga.blogspot.com/2013/07/amalan-kesukaan-rasulullah-saw-di-bulan.html
loading...
Labels:
Islam
Thanks for reading 6 Amalan Kesukaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di bulan Suci Ramadhan. Please share...!
3 Comment for "6 Amalan Kesukaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di bulan Suci Ramadhan"
Assalamu'alaikum salam kenal qiyamulail dan tarawih apa beda dan persamaannya.?
Wa'alaikum salam
Perbedaan, qiyamullail ialah ibadah yang dilakukan pada malam hari, sedangkan shalat tarawih ialah shalat yang hanya bisa dilakukan di malam ramadhan.
Persamaan, sama-sama ibadah yang dilakukan di malam hari.
Terima kasih atas komentar dan kunjungannya.
Salam
tapi sayangnya hampir sebagian umat muslim,melaksanakan ibadah puasa dan hanya mendapatkan rasa lapar dan haus,karena mereka tidak mau melaksanakan amal ibadah wajib lainnya seperti shalat dan lain-lain
1. Berkomentarlah dengan baik dan sopan
2. Dilarang keras SPAM + Live Link!!!
3. Jika copy paste, harap cantumkan link sumber
4. Kritik dan saran sangat diperlukan